Friday, February 4, 2011

bagaimana bidadarimu ?

sebelom tuh , aku tak berniat erkk nak menyakiti sesape pon golongan hawa yang membaca post ini , harap maaf terlebih dahulu ,
just smile :)
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah,
dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam
Al-Ghazali alt
Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

No comments:

Post a Comment